Sunday, August 9, 2009

We're Moved to a New Blog!

Salam...

Alhamdulillah... saya telah berpindah ke blog yang baru =). After this, if u all nak tengok updated blog, boleh terus ke www.mylittle-bakes.blogspot.com

kat blog ni tak kan di update dgn order2 terbaru dah.

Thanks.

Tuesday, July 7, 2009

Happy Always~

Salam...
Thanks Kyong sbb order kek ni. Dah 2 minggu takde tempahan kek, sunyi je. Tiba2 excited bila dapat email dari Kyong, nak order cupcake. Credit to Pn. Intan sbb dah promote blog saya ni dalam blog beliau..
Kyong order kek coklat + buttercream frosting with buttercream deco. Hari Ahad tu bz sgt dgn kerja umah. Dapat deko kek ni pun dah jam 10 malam. Idea pun ala2 kering je..So, ni aje la hiasan yang terhasil...
Tengahari Isnin tu deliver kek ni pada Kyong. Then 5.30 petang tu kyong tepon. Berdebar jap. Ingatkan ada apa2 yang x kena dengan kek tu. Tapi, rupa2nya saya dapat lagi satu order dari ofismate Kyong... Puan Taty. Kalo boleh dia nak esoknya gak. Tapi saya xdapat la nak buat mlm tu sbb dah ada program lain... So, i bake tonight. Sambil2 tunggu kek coklat Puan Taty sejuk, saya update dulu blog ni.... =)

Happy Birthday!

Salam....
Lama dah rasanya tak update blog ni..
Okeh, kali ni nak expose kek yang ditempah oleh ofismate gak.. Kak Yati. Sempena birthday asben nya. kek ni pun untuk bulan lepas, tapi bulan Julai ni baru rajin nak update. Kak Yati request kek vanilla dan blueberry filing, buttercream frosting. This time saje nak kenalkan kek dgn edible image.. so stakat ni yang ada dlm stok, gambar Ben10, spongebob dan MU.
Skrg ni semua tempahan available untuk terima kotak macam ni. Jauh lebih kemas dan cantik. Anyway kak yati, thanks untuk order tu ye. =)

Tuesday, June 2, 2009

Friendship Forever~

Salam...
As dan jugak Kak Zura pulak order cup cakes untuk kengkawan2 dia. Bagus tul diorg ni eh... semangat setiakawan yang tinggi =) So, diorg decide nak order choc cake with choc ganache. Aku try wat thema bola sepak. Excited sgt nak try wat theme nih. Glad to hear yang diorg hepi dgn cuppies nih. Thanks As n kak Zura =)


Yang ni lak As order speacial utk sang kekasihnya... ngeh ngeh ngeh~

Happy Famili =)

Salam...
Kali ni En. Ruhidin lak yang meng order cuppies utk famili dia. Sweetnye sume nama2 ada kat setiap kek. He requet Kek coklat + Choc Ganache...

Anyway, Din.. thanks sbb sudi order ek =)

Birthday Nur Azra Itrah

Salam...
Cup cakes ni di order oleh Kak Ami sempena besday anak sdara boypren nye. Dia mintak buatkan cake Vanilla with Strawberry Filling. Aku saje try wat tema spongebob + Patrick... Anyway kak Ami, thanks sbb sudi order yek.. =)

Tuesday, May 26, 2009

My First Order =)

Salam...
Tak terfikir nak amik order sebelum ni. Tapi, bila difikir2, apa salahnya bg peluang pada diri sendiri untuk mencuba,kan?
Teruja dan berdebar bila dapat first order dr Pn. Intan. Sweetnye dia nak surprised kan her husband sempana anniversary diorg yang pertama. She requested Blueberry and choc. Untuk permulaan ni saya tak kisah nak amik mix order sbb baru nak cuba... kebetulan masa tu saya buat byk cuppies utk ofismate.. so, leh la penuhi permintaan first customer saya nih =)
Anyway, thanks kat Pn. Intan sbb sudi order dan percayakan saya.. Senang nak deal with her sbb sume saya tentukan termasuk la ucapan kat kek tu..hihi~ tak kisah la kan? yang penting both of u hepi.. dan bahagia selalu... =)

Cup Cakes For My OfficeMates =)

Salam...
Kali ni saya buatkan cup cake untuk ofismate saya... Heheh~ sempena ape yek? Erm~ boleh la saya katakan sempena saya dapat APC baru-baru ni dan kebetulan gak anniversary saya dan husband yang ke dua...
Seronok tengok member2 ofis hepi amik kek masing2.. saya pun siap tulis nama2 semua orang.. yang atas ni vanilla + blueberry filling.. kat bawah ni perisa coklat.
Alhamdulillah sebab kali ni saya berjaya buat topping Choc ganache... sblm ni penah buat tapi x jadi dan cair... berkat usaha, berjaya kan? =)
Thanks pada member2 sudi rasa cup cake saya. Dan saya teruja sangat bila saya dapat 4 order untuk minggu yang sama! Alhamdulillah. Tak sangka bidang ni boleh jadi side income saya lak. Tapi untuk permulaan ni saya boleh buat buttercream dan choc ganache je.. hikhik~ yang lain x sempat wat eksperimen lagik =)

Cakes For My Daughter~

Salam...
last 25th April lepas me and husband ada buat majlis doa selamat sempena birthday Safiyyah. Dan saya sangat lah teruja untuk hasilkan cup cake dan doll cake sendiri. Dan inilah hasilnya. Walaupun x secantik yang expert buat, tapi x kisahlah. Janji puas hati =)
Cuppies ni perisa Vanilla + Blueberry Filling.. saya mmg suka wat kek perisa nih..
Kek ni pulak Choc Moist with Butter cream.. Mmg haru nak wat kek nih. Maklumle takde basic. Sesuka hati je buat.. tau2 je dah jadik pun skirt patung nih. Tapi mmg sempoi sangat. Sebab ni je termampu.... =)

Cuppies For My Famili

Salam...
Seronok sangat dapat try wat cup cake untuk kali ke dua. kali ni berjaya wat buttercream yang tak manis mcm sebelum nih. Kali ni saya cuba buat cuppies smpena anniversary mak ayah saya, dan sambil2 tu saya buatkan sekali untuk FIL saya... saya buat dua perisa vanilla with blueberry filling dan choc moist. Jom cuci mata!
Ni cuppies untuk famili saya... saja try letak coklat kereta. Adik2 memang suka sangat.Ni pulak nama ke semua ahli keluarga saya.. seronok bila dapat wat cuppies untuk famili.. sbb semua orang hepi je makan... tak kurang gak ada yang sayang nak makan =)Ni pulak cuppies untuk Famili In Law... yang kat atas ni perisa choc moist...
Yang ni pulak, Vanilla + Blueberry Filling. Saya belum pandai wat Choc Ganache lagi.. so, sy topping dgn buttercream choc dulu la setakat nih. Saya akan cuba belajar pasnih.. InsyaAllah...

My First Cuppies =)

Salam...
Cuppies kat bawah ni actually first cuppies saya. Saja try buat. Saya tak pernah pegi mana2 kelas bake n decorate cup cake nih. harap2 stu hari nanti saya dpt peluang belajar.. Amin~
Kek ni saya hadiahkan pada nurseri anak saya.. juz sebagai penghargaan untuk diorg la. Hiasan pun 'gitu-gitu' je. Sbb tak reti nak deco lawa2...
Yang ni pulak saje nak hadiahkan pada sorang member yang beria2 suh saya belajar wat cupcakes. Thanks untuk support tu ye, Kak Ieylah.

Thanks pada husband saya yang sgt menyokong saya cuba wat cup cake nih. First cuppies ni husband ckp rasa dah ok, cuma aising manis sket. Masa ni saya hanya jmpe resipi aising yang manis je... Pasni saya try cari resipi yang x manis sgt, okeh!